Setelah saya menghasilkan sebuah produk yang berbentuk sistem (skrip PHP), barulah saya faham, mengapa kebanyakan usahawan internet amat suka dan lebih selesa menghasilkan ebook berbanding jenis produk yang lain seperti video dan audio.
Sistem EZSurvey yang dihasilkan oleh saya itu walaupun simple dan mudah, tapi untuk menyiapkannya mengambil masa sekitar 3 bulan. Untuk menghasilkan skrip PHP atau sistem, ia tidak semudah yang disangka kerana kita perlu mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan.
Tidak seperti ebook, tulis sahaja guna Microsoft Word dan compile kepada format pdf. Tak kisah orang yang beli itu guna komputer platform apa pun, mereka tetap dapat membuka file pdf.
Untuk sistem seperti skrip PHP, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah coding tersebut perlulah dapat diterima oleh mana-mana versi PHP. Selain itu, coding juga perlulah dihasilkan dengan menitik-beratkan soal security dan pelbagai lagi isu seperti error dan sebagainya.
Dan faktor paling kritikal di dalam pembangunan sesebuah sistem ialah testing. Siapa yang belajar programming dia tahulah. Testing perlu dibuat beberapa kali. Bukan sekali atau dua kali. Salah satu cara testing ialah, kita perlu test sistem tersebut di beberapa keadaan yang berbeza dan juga perlu masukkan nilai yang betul dan salah untuk mengetahui tahap ‘kekebalan’ sistem tersebut.
Berbalik kepada ebook pula, jika ada kesalahan typo, buka sahaja Microsoft Word dan edit. Kemudian compile semula kepada format PDF. Amat mudah dan cepat. Berbeza pula dengan produk jenis audio dan video, jika ada kesilapan, anda perlu mulakan balik bahagian yang salah itu (buat rakaman semula).
Ini terbukti apabila salah satu produk video saya masih terbengkalai tak siap-siap. Dan ia membuatkan saya terfikir-fikir, perlukah meneruskan projek video tersebut? Untuk menghasilkan video, ia tak semudah yang kita baca dan dengar seperti orang lain katakan. Tak semudah itu. Lagi-lagi video berkaitan teknikal, salah satu faktor yang perlu difikirkan ialah kemaskini sebab kebanyakan perkara teknikal sentiasa berubah-berubah.
Soal diri anda, “jika aku mahu buat produk audio/video ni, adakah aku akan mengemaskininya kelak?”. Jika tidak, mungkin anda boleh lupakan projek berbentuk video/audio atau mungkin boleh hasilkan projek yang jika dikemaskini, ia tidak mengambil masa dan tenaga yang banyak.
Itulah beberapa pro dan kontra produk digital selain ebook. Hmm, adakah saya sudah berputus-asa dengan projek selain ebook? Mungkin ya, mungkin tidak. InsyaAllah, dalam minggu ini ada satu lagi projek cuba disiapkan. Simple system juga (skrip PHP) dan mungkin ia projek terakhir saya yang berkaitan sistem.
Pesanan saya di sini, jika anda ingin melaksanakan sesuatu idea projek, tanya dulu diri sendiri. Adakah anda mampu melakukannya? Atau, selain projek itu, ada tak projek lain yang lebih mudah dan cepat untuk dihasilkan? Ini amat penting agar anda tidak fokus kepada projek yang mengambil masa yang lama. Ia amat merugikan.
Lakukanlah projek yang mudah untuk disiapkan dan tidak bersaiz besar. Ingat, apabila kita bekerja seorang diri, masa adalah aspek yang paling perlu dititik-beratkan. Jangan main-main dengan masa, nanti masa akan mempermainkan anda. Salah satunya ialah, utamakan projek yang mudah untuk disiapkan.