APLIKASI dipelopori Microsoft melalui produk Office kini mempunyai saingan daripada Celframe yang mengetengahkan penyelesaian sama kepada pengguna.
Antara aplikasi yang diperkenalkan termasuk Celframe Write, Celframe Spreadsheet, Celframe Power Presentation, Celframe Data Access, Celframe Studio, Celframe Photoalbum, Celframe Draw, Celframe Sync, Celframe Post Box dan Celframe Voyager.
Celframe mempromosikan aplikasi yang canggih dan fleksibel yang mana ia berkeupayaan bekerja dengan format lain termasuk daripada Microsoft Office.
Pengguna tidak perlu risau kerana Celframe mudah digunakan dan memiliki antaramuka yang mesra pengguna serta mampu membaca fail dari format lain.
Pakej lengkap perisian aplikasi untuk pejabat ini membolehkan pengguna membina, menyunting dan menyimpan dokumen dalam format Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
>Spesikasi
PRODUK: Celframe Office
HARGA: Tidak diperoleh
PEMPROSESAN MINIMUM: Pentium
CAKERA KERAS: 50MB
MEMORI: Windows95 (24MB), Windows98 (32MB), Windows ME/NT (32MB), Windows2000 (32MB), WindowsXP (32MB) SISTEM OPERASI: Windows 95/98/ME/XP
APLIKASI: Write, Spreadsheet, Power Presentation, Data Access, Studio, Photoalbum, Draw, Sync, Post Box, Voyager