PENGELUAR cip pemproses terbesar dunia, Intel Corp. (Intel) menyalurkan dana bernilai RM710,000 kepada 23 sekolah di seluruh negara di bawah program Intel Involved Matching Grant Program (IIMGP).
Pengerusinya, Datuk Dr Craig Barret menyerahkan cek kepada Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kemen terian Pelajaran Malaysia, Dr Salbiah Ismail, pada lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi yang juga salah sebuah sekolah penerima.
Katanya, hampir 25 tahun Intel yang berada di Malaysia dengan usaha mengembang dan memajukan bidang tek nologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar setanding dengan kejayaan negara luar.
“Usaha sukarelawan yang berteras pendidikan mampu memberi impak yang besar ke atas ledakan ICT di sekolah dan turut meningkatkan kemajuan ekonomi dan sosial di Ma laysia,” katanya.
“Intel turut memberi kerjasama terbaik dalam projek MOE-Intel School Adoption. Kejayaannya boleh dilihat me lalui keberkesanan fasa pertama 1:1 e-learning yang turut diterima sekolah ini,” katanya lagi.
Hal itu dijelaskan oleh Dr Craig Barret sempena sambutan ulang tahun Intel Corporation ke 40 yang diadakan di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi baru-baru ini.
Kedatangannya sungguh bermakna kerana beliau turut merasmikan persembahan video Intel One Million Volunteer Hours.
SMK Datuk Haji Ahmad Badawi satu-satunya sekolah di Pulau Pinang yang terpilih mengikuti program IIMGP yang mana satu kelas di sekolah itu akan dibekalkan 40 CMPC (Internet-enabled Classmate PC).
Dr Salbiah Ismail pula berkata, dana itu adalah hasil usaha sukarelawan pekerja Intel di Malaysia yang memberi sum bangan dari segi masa di beberapa sekolah yang terpilih.
“Fasa kedua bagi projek MOE-Intel School Adoption bakal bermula pada tahun ini di tiga sekolah terpilih di Putrajaya dan Cyberjaya.
“Intel bersetuju memberi sumbangan CMPC kepada salah sebuah sekolah terbabit,” katanya lagi.