Ia mampu membantu rakyat negara ini dalam penguasaan dunia teknologi maklumat (IT) yang menyediakan platform pembelajaran bersepadu bagi menyokong pusat komuniti kemudahan komputer di seluruh negara.
Malah tujuh rakan strategik membantu dalam menjayakan impian itu termasuk Microsoft Malaysia, Lions Club, Cyber Care, Hewlett-Packard (HP), Intel, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan CUSCAPI.
Objektif utamanya adalah melengkapkan semua lapisan masyarakat dengan kemahiran dan keupayaan aplikasi tek nologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi merealisasikan wawasan negara untuk membina masyarakat berpengeta huan.
Rakan strategik memainkan peranan penting seperti Mic rosoft yang bertanggungjawab menyediakan perisian, HP menyediakan perkakasan dan sokongan rangkaian, Cyber Care menyediakan bimbingan dan Lions Club menyediakan sumber manusia.
Sementara TM menyediakan kemudahan jalur lebar dan pusat hubungan bebas tol manakala CUSCAPI akan me nguruskan kerja pemasangan, perkhidmatan penyelengga raan dan sokongan teknikal.
MAIN PC membolehkan sasaran 30 pusat komuniti ke mudahan komputer bersepadu di seluruh negara sebelum akhir tahun ini.